BLOGGER TEMPLATES AND TWITTER BACKGROUNDS »

Tuesday, February 23, 2010

karangan aku masa aku sekolah dulu da....

Dewasa ini, gejala ponteng sekolah dan lepak dalam kalangan remaja pada hari ini semakin membimbangkan. Jika gejala seperti ini tidak dibendung segera, di khuatiri akan memberikan kesan negative kepada masa depan Negara kelak. Jiwa remaja yang inginkan kebebasan menjadi factor kepada gejala ini berlaku. Oleh yang demikian, semua pihak haruslah berganding bahu bagi mengekang masalah ini daripada menjadi kudis di dalam masyarakat kita.

Antara factor yang berlakunya gejala ini ialah factor kendiri. Sikap remaja yang igin akan kebebasan dan ingin dari masalah merupakan punca utama berlakunya gejala ini. Sikap mereka yang bosan dan malas belajar memburukkan lagi keadaan. Ekoran daripada masalah ini, mereka lebih cenderung untuk mengambil jalan singkat degan ponteng sekolah. Bagi mereka, inilah cara yang terbaik bagi mereka untuk lari daripada masalah yang dihadapi.

Pengaruh rakan sebaya memainkan peranan penting berlakunya gejala yang tidak sihat ini. Pada usia sebegini, mereka mudah terpengaruh dengan tindak tanduk rakan sebaya. Bagi mereka rakan sebaya lebih memahami perasaan mereka dan kehendak mereka berbanding ibu bapa mereka. Tempat yang selalu menjadi sarang bagi tempat mereka melepak ialah di kafe siber, taman permainan dan pusat beli belah. Aktiviti yang yang sering mereka lakukan ialah merokok, merosakkan harta benda awam dan lain-lain lagi. Ekoran daripada tindakan mereka ini, menimbulkan rasa kurang senang oleh masyarakat.

Pergolakan

Institusi kekeluargaan juga menjadi factor penyumbang terjebaknya pelajardalam gejala tidak sihat ini. Sebilangan besar daripada mereka menghadapi masalah seperti penceraian ibu bapa dan kurang kasih saying dan perhatian daripada ibu bapa mereka. Ada sesetengah ibu bapa memandang ringan terhadap didikan agama. Bagi mereka, kemewahan yang mereka berikan kepada anak-anak mereka sudah mencukupi membahagiakan mereka. Persekitaran tempat tinggal yang tidak selesa dan kondusif mendorong mereka untuk menghabiskan masa dengan melepak bersama rakan-rakan di luar.

Pengajaran dan pembelajaran yang tidak menyeronokkan mendorong pelajar untuk ponteng. Pengajaran guru yang tidak efektif membuatkan pelajar mula berasa bosan dan cenderung untuk memilih jalan yang singkat degan ponteng sekolah. Lebih memburukkan keadaan, pelajar tidak berpuas hati terhadap guru. Hal ini terjadi kerana guru tersebut menegur atau memarahi mereka kerana kesalahan yang mereka lakukan.

Terdapat banyak langkah yang boleh diambil bagi mengatasi masalah ini daripada menjadi duri dalam daging dalam kalangan pelajar. Contohnya, pelajar haruslah bijak memilih kawan. Hal ini kerana kawan mencerminkan peribadi pelajar tersebut. Para pelajar juga haruslah sedar akan masa depan mereka. Mereka haruslah ingat bahawa perbuatan mereka pada hari ini akan mempengaruhi masa depa mereka. Bak kata pepatah, ‘sesal dahulu pendapatan, sesal kemudian sudah tidak berguna’.

Ibu bapa haruslah memainkan peranan penting bagi mengatasi masalah ini. Mereka haruslah sentiasa memantau pergerakan anak-anak mereka semasa diluar rumah agar tidak maudah terpengaruh dengan gejala yang tidak sihat. Ibu bapa juga haruslah sentiasa meluangkan masa senggang mereka bersama anak-ank mereka dan cuba untuk mengetahui masalah anak mereka. Ibu bapa juga haruslah mengambil berat tentang pelajaran anak-ank mereka di sekolah. Mereka juga haruslah memberikan didikan agama yang secukupnya kepada anak-anak mereka agar tidak melakukan perkara yang ditegah oleh agama. Bak kata pepatah’ melentur buluh biarlah dari rebungnya’.

Pihak sekolah juga haruslah memainkan peranan yang penting bagi mengatasi masalah ini. Pihak sekolah haruslah mengenakan tindakan yang berat ke atas pelajar yang terlibat dengan gejala ponteng dengan menggantung persekolahan atau membuang mereka dari sekolah. Pihak kaunselor disekolah haruslah memainkan peranan yang penting dengan memberi sesi bimbingan kaunseling kepada pelajar yang terlibat dengan gejala ponteng. Kempen seperti ponteng sifar dan sayangi diri anda haruslah dianjurkan oleh pihak sekolah bagi menyedarkan para pelajar tentang leburukan gejala ponteng dan lepak kepada mereka.

Pihak berkuasa haruslah mengenakan tindakan tegas kepada pelajar yang didapati ponteng sekolah dengan mengenakan denda yang tinggi. Pihak kerajaan dan swasta juga haruslah bekerjasama dengan menganjurkan kempen berkaitan gejala tidak sihat ini kepada remaja. Tanpa penglibatan semua komuniti masyarakat, segala usaha in tidak akan membuahkan hasil seperti mana yang diharapkan. Anggota masyarakat haruslah menjadi mata dan telinga pihak polis dan sekolah dalam menyalurkan maklumat berkaitan gejala ponteng dan lepak dalam kalangan pelajar.

Kesimpulannya, semua pihak haruslahmemainkan peranan masing-masing bagi mengekang masalah ini daripada terus berleluasa. Oleh itu, semua komuniti masyarakat diharap tidak berpeluk tubuh dan menunding jari kepada pihak yang lain tetapi bersama-sama mencari jalan penyelesaian yang terbaik bagi mengatasi permasalahan ini. Bak kata pepatah ‘berat sama dipikul ringan sama dijinjing’.

0 comments: